Wednesday, August 5, 2009

Beriman Bersatu Berjihad Berkebajikan...secara "Ori"

Bersatu Beriman Berjihad Berkebajikan
Suatu tema yang menyeluruh sifatnya. Tema yang lengkap melengkapi menuju matlamat suci untuk mendapat keredhaanNya.

Prinsip Hitam - Putih
Tanpa 'bersatu' tidak boleh buat apa satu. Tanpa 'beriman' tak jadi apa satu...diakhirat. Tanpa 'berjihad' tak tentu hala tuju. Tanpa 'berkebajikan' jadi hanya fikirkan makan.

Sepanjang Perjalanan Kita
Suatu kenyataan, diri kita adalah tanggungjawab kita, kampung kita adalah tanggungjawab kita, keluarga kita adalah tanggungjawab kita, kampung kita adalah tanggungjawab kita, negeri kita adalah tanggungjawab kita dan negara kita adalah tanggungjawab kita. Apa lagi tanggungjawab kita ?. Ada lagi...

Kejelasan Matlamat
Memerlukan keaslian dan ketulenan dalam memahami tanggungjawab. Juga memerlukan keaslian dan ketulenan dalan melaksanakan tanggungjawab. Tulen dan asli tanpa sebarang kepentingan diri dan peribadi. Kepentingan diri dan peribadi terketepi bila berdepan dan bertembung dengan matlamat. Sedarkah bahawasanya kita ada matlamat ?
Jangan berselindung !. Makan kiri kanan, dua line jadi...bahaya !

Matlamat Suci Mengatasi Segalanya
Kejelasan kefahaman membuahkan kejelasan keyakinan bahawa kepentingan diri dan peribadi menjadikan kita seorang pencuri dan penipu serta berwatak pengampu. Kita adalah "ori", kecuali tak reti langsung ajaran kitab suci.

Sekian: 4B-'1'
Ukapgnadnul-1:14 pm-Ks-

No comments:

Post a Comment